06/12/2025 | Press release | Distributed by Public on 06/12/2025 17:17
NAHAS PENERBANGAN AIR INDIA AI171 DI AHMEDABAD, INDIA
12 JUN 2025
Kementerian Luar Negeri Malaysia berdukacita dengan insiden nahas tragik melibatkan Penerbangan Air India AI171 ke London Gatwick yang terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad pada 12 Jun 2025. Pesawat berkenaan dilaporkan telah terhempas ke atas kompleks asrama kolej perubatan, mengakibatkan kemalangan jiwa yang besar.
Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, mereka yang terselamat, serta seluruh rakyat India, UK, Portugal dan Kanada di atas tragedi ini. Doa kami mengiringi mangsa, keluarga mereka, serta semua yang terkesan dalam kejadian ini.
Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai telah mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia terlibat dalam nahas tersebut. Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral di Mumbai sedang memantau rapat perkembangan situasi ini dan akan mengeluarkan makluman lanjut sekiranya perlu.
Warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi:
Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai
Unit 12A1, Unit 12A2 & Unit 12A3, Tingkat 13, Supreme Headquarters
Building, Jalan 14 & 33, berdekatan Link Square Mall, Bandra West,
400 050 Maharashtra, India
Telefon: +91 22 6996 5757 (Pertanyaan Am)
Emel: mwmumbai@kln.gov.my
PUTRAJAYA
12 Jun 2025