Results

Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

04/06/2025 | Press release | Distributed by Public on 04/06/2025 19:13

KEMALANGAN MELIBATKAN BAS PELANCONG DI TOKYO

KEMALANGAN MELIBATKAN BAS PELANCONG DI TOKYO

Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, sedang memantau rapi situasi susulan kemalangan membabitkan dua buah bas pelancong yang berlaku pada 5 April 2025 di Lebuh Raya Chuo, Hachioji, barat Tokyo.

Insiden tersebut berlaku sekitar jam 10.15 pagi berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke, membabitkan dua buah bas yang bergerak bersama dan membawa sejumlah 47 penumpang, kebanyakannya warga asing, dari Stesen JR Tokyo menuju ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi. Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden berlaku apabila salah sebuah bas telah melanggar belakang bas satu lagi.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan bahawa lima orang warganegara Malaysia berada di dalam kedua-dua bas tersebut. Kesemua mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Setelah menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan, mereka telah dibawa pulang ke tempat penginapan mereka.

PUTRAJAYA

6 April 2025

Ministry of Foreign Affairs of Malaysia published this content on April 06, 2025, and is solely responsible for the information contained herein. Distributed via Public Technologies (PUBT), unedited and unaltered, on April 07, 2025 at 01:13 UTC. If you believe the information included in the content is inaccurate or outdated and requires editing or removal, please contact us at [email protected]