02/27/2026 | Press release | Distributed by Public on 02/27/2026 04:09
Posted on 27 February 2026.
USM PULAU PINANG, 27 Februari 2026 - Sukacita dimaklumkan bahawa Jadual Imam Solat Tarawih bagi Ramadan 1447H/2026M di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) dikeluarkan untuk makluman seluruh warga kampus dan masyarakat setempat.
Sepanjang bulan Ramadan, solat Tarawih akan diimamkan oleh barisan imam yang terdiri daripada para asatizah dan huffaz berpengalaman, manakala bilal-bilal bertugas akan membantu melancarkan perjalanan ibadah setiap malam.
Jadual penuh boleh dirujuk melalui poster rasmi Pusat Islam USM serta platform media sosial rasmi.
Semoga Ramadan kali ini memberi peluang kepada kita semua untuk meningkatkan amal ibadah dan meraih keberkatan di Masjid Al-Malik Khalid USM.
Semua dijemput hadir dan mengimarahkan rumah Allah.
Foto: Pusat Islam, USM