Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

06/14/2025 | Press release | Distributed by Public on 06/13/2025 21:32

NASIHAT PERJALANAN UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA DI IRAN, IRAQ DAN JORDAN

NASIHAT PERJALANAN UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA
DI IRAN, IRAQ DAN JORDAN

Kementerian Luar Negeri Malaysia, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, sedang memantau rapat perkembangan di Timur Tengah susulan ketegangan terkini yang berlaku antara Iran dan Israel.

Ekoran peningkatan ketegangan tersebut, Iran serta beberapa negara di rantau berkenaan, iaitu Iraq dan Jordan, telah menutup ruang udara mereka. Warganegara Malaysia yang berada di rantau tersebut dinasihatkan agar bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan gangguan kepada jadual penerbangan dan membuat penyesuaian sewajarnya terhadap rancangan perjalanan masing-masing. Warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke kawasan terjejas memandangkan situasi konflik yang tidak menentu.

Pada masa yang sama, Kementerian ini ingin menasihatkan warganegara Malaysia di Iran, khususnya mereka yang berada berhampiran kawasan terjejas, supaya sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Semua warganegara Malaysia yang menetap atau sedang berada di Iran digesa untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.

Kementerian ini kekal komited dalam memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara melalui pejabat-pejabat Perwakilan Diplomatiknya. Sekiranya berlaku kecemasan atau terdapat rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, sila hubungi Kedutaan Besar Malaysia yang terdekat seperti berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN

Alamat : No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb

Nombor Telefon : +98 21 8807 2444 +98 21 8807 8606 +98 933 535 2602
E-mel : mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ
Alamat : Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel,

Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad, Iraq

Nombor Telefon : +964 787 859 8775 +964 786 497 0087
E-mel : mwbaghdad@kln.gov.my

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN
Alamat : No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street, Abdoun,

Amman 11183, Jordan

Telefon : +962 6590 2400 +962 78590 2400
E-mel : mwamman@kln.gov.my


PUTRAJAYA

14 Jun 2025

Ministry of Foreign Affairs of Malaysia published this content on June 14, 2025, and is solely responsible for the information contained herein. Distributed via Public Technologies (PUBT), unedited and unaltered, on June 14, 2025 at 03:32 UTC. If you believe the information included in the content is inaccurate or outdated and requires editing or removal, please contact us at support@pubt.io