Celcomdigi Bhd

02/04/2026 | Press release | Distributed by Public on 02/04/2026 21:14

CelcomDigi, Google Firebase dan Telenor Linx memboleh suai tugas digital satu ketik yang lebih selamat untuk warga Malaysia menerusi API-as-a-Service yang terjamin

PETALING JAYA, 4 Februari 2026 - CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi") mengumumkan kerjasama strategik dengan Google Firebase dan Telenor Linx untuk mempertingkat kemampuan API-as-a-Service yang terjamin mengguna kecerdasan rangkaian gred telekomunikasi. Menerusi kerjasama ini, kemampuan pengesahan nombor telefon boleh dibuat melalui platform Google Firebase, memboleh para pemaju melaksana suai tugas digital terjamin, lancar dan boleh dipercayai pada skala yang memuaskan.

Menerusi inisiatif ini, CelcomDigi menjadi syarikat telekomunikasi pertama Malaysia menyedia khidmat pengesahan nombor telefon berasas rangkaian yang boleh diperoleh menerusi Google Firebase, lantas memberi takrif semula tentang penggunaan suai tugas dan pengesahan di pelbagai perkhidmatan digital terjamin, hanya dengan pengalaman satu ketik.

Kegunaan harian yang lebih mudah dan selamat

Kecanggihan terkini ini memboleh pengguna mengesah nombor mudah alih secara spontan tanpa bergantung kepada Kata Laluan Satu Kali (OTP) menerusi SMS. Mereka tidak perlu menanti kod SMS atau risau tentang mesej palsu yang berpura-pura meminta OTP bagi urusan perbankan, e-dagang atau pengangkutan. Pengesahan diproses secara terjamin di latar belakang menerusi hubungan terjamin antara app dan rangkaian mudah alih. Hasilnya pergeseran dikurangkan dan risiko penipuan (scam), pancingan data (phising) dan pintasan OTP.

Dengan menggantikan OTP berasas SMS dengan pengesahan dipandu API, pengesahan nombor telefon dilabuh kepada kecerdasan rangkaian gred telekomunikasi dan dimajukan lagi dengan memanfaatkan keupayaan awan (cloud-native) sekaligus menjamin keselamatan dan kestabilan lebih tinggi, kestabilan dan pengalaman lebih lancar buat pengguna akhir.

Memacu digital boleh dipercayai menerusi API

Kerjasama ini suatu titik pencapaian komitmen CelcomDigi dalam memperkuat kepercayaan digital merentasi semua ekosistem digital negara ini. Dengan memboleh suai tugas digital yang lebih dipercayai, inisiatif ini mengurang pendedahan kepada vektor penipuan lazim seperti pancingan data, serangan berasas SIM dan trafik tiruan.

Inisiatif ini, pada masa sama, menyokong usaha CelcomDigi menawarkan API-as-a-Service (APIaaS) dengan mewujudkan kemampuan syarikat telekomunikasi boleh dipercayai menerusi kaedah mudah dan mesra pemaju. Menerusi API, perniagaan dapat menyepadu pengesahan berasas rangkaian langsung kepada platform digital, sekaligus memajukan keselamatan dan pengalaman pengguna tanpa menokok tambah sebarang kerumitan yang remeh.

Memperkasa pemaju dan pengusaha

Dengan model APIaaS, perniagaan boleh:

· Mempercepat suai tugas yang lancar hanya dengan satu ketik pengesahan nombor mudah alih

· Mengurang kebergantungan pada SMS OTP dan kos operasi yang berkaitan

· Memperingan trafik palsu dan risiko penipuan

· Mempertingkat kepercayaan pengguna, pembabitan dan kadar pertukaran

· Membina aliran pengesahan berasas cloud-native yang boleh dimajukan lagi bagi perkhidmatan digital

Ketua Pegawai Inovasi Celcom Digi, T.Kugan berkata, "Kami mengguna kecerdasan rangkaian untuk menambah bagaimana pengguna merasai kebagusan perkhidmatan digital. Dengan menawarkan APIaaS, kami memboleh pengusaha dan pemaju menyepadu pengesahan nombor telefon berasas rangkaian ke dalam aplikasi, menjadikan suai tugas digital lebih mudah, lebih selamat dan lebih dipercayai bagi manfaat pengguna. Ia mencerminkan komitmen CelcomDigi untuk terus memain peranan utama merangsang ekonomi digital lebih dipercayai negara ini."

Ketua Produk Pengesahan Nombor Telefon di Google Firebase, Micah Baker berkata, "Pemaju kini mencari jalan untuk meningkatkan penyampaian pengalaman pengguna yang lebih lancar tanpa menjejaskan keselamatan. Kerjasama yang menyepadu syarikat telekomunikasi API dengan Firebase Google ini membantu pemaju bina aliran pengesahan yang lebih tangkas lagi dipercayai, dan dalam masa yang sama mengurang kebergantungan kepada kaedah berasas SMS yang sering terdedah kepada penipuan."

Stig Atle Waagbø, Ketua Pegawai Eksekutif Telenor Linx berkata, "Para pelanggan CelcomDigi adalah pemenang sejati. Pengesahan kini menjadi aspek paling perlu bagi setiap perjalanan digital untuk menangkis penipuan dan akaun palsu. Namun pengalaman pengguna masih di tahap kurang optimum sedangkan penipuan bertambah canggih. Dengan Pengesahan Nombor Telefon berlandaskan Firebase, kita dapat kurangkan pergeseran dan penipuan dengan menggabungkan kecerdasan gred telekomunikasi dengan ketangkasan API. Telenor Linx berbangga dapat menyokong Google dan CelcomDigi untuk memboleh masa depan digital yang lebih selamat, lancar dan lebih dipercayai."

Memajukan ekosistem API CelcomDigi

Inisiatif ini terbina pada usaha berterusan CelcomDigi untuk mengembangkan ekosistem API dan menyokong perkhidmatan digital yang lebih selamat. Usaha kerja berpasangan dengan Aduna, Bridge Alliance, dan PayNet, memboleh CelcomDigi bekerja dengan rakan serantau dan global bagi gagasan saling beroperasi dan syarikat telekomunikasi API yang menyokong suai tugas digital, mengurang penipuan dan perkhidmatan merentasi sempadan digital.

Celcomdigi Bhd published this content on February 04, 2026, and is solely responsible for the information contained herein. Distributed via Public Technologies (PUBT), unedited and unaltered, on February 05, 2026 at 03:14 UTC. If you believe the information included in the content is inaccurate or outdated and requires editing or removal, please contact us at [email protected]