10/29/2025 | Press release | Distributed by Public on 10/28/2025 21:57
PETALING JAYA, 29 Oktober 2025 - Kolaborasi antara CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Media Prima menerusi rancangan jenayah ikonik TV3, 999 baru-baru ini telah berjaya meningkatkan kesedaran tentang penipuan dalam talian di seluruh negara, dengan capaian melebihi 4.3 juta rakyat Malaysia. Siri Kisah Benar: Scam Siber yang berlangsung selama tiga tahun telah menampilkan kisah-kisah penipuan sebenar yang diolah menjadi naratif yang mudah difahami dan dihayati oleh masyarakat.
Siri yang mempunyai 13 episod ini membincangkan pelbagai jenis penipuan dalam talian termasuk penipuan cinta, tawaran kerja palsu, phishing, penipuan deepfake dan pelaburan palsu. Ia memberi pencerahan mengenai taktik penipuan yang semakin canggih, tanda-tanda amaran, serta kesan emosi terhadap mangsa, bagi membantu orang ramai memahami jenis penipuan yang berlaku. Setiap episod mengingatkan penonton agar sentiasa berwaspada dan turut menampilkan pandangan pakar untuk elak daripada menjadi mangsa.
Kempen ini turut diperluaskan ke platform digital, dengan capaian lebih meluas melalui video pendek dan episod penuh di Tonton. Ia mencetuskan perbualan di seluruh negara dan menggalakkan amalan digital yang lebih selamat. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan CelcomDigi dalam memerangi penipuan siber serta komitmen untuk membina masyarakat digital yang lebih selamat dan dipercayai.
Melalui kerjasama strategik bersama media, agensi penguatkuasaan dan kerajaan, kumpulan pakar serta aktivis komuniti, syarikat ini menyampaikan kandungan yang relevan dan mudah diakses kepada pelbagai lapisan masyarakat. Sepanjang tiga tahun lalu, CelcomDigi telah melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi demi keselamatan dalam talian dan kesedaran penipuan termasuk:
Ketua Kelestarian CelcomDigi, Philip Ling berkata, "Penipuan yang semakin berkembang mendorong kita mengambil pendekatan lebih strategik terhadap kesedaran awam. Melalui penyampaian cerita dan pesanan yang mudah difahami oleh masyarakat serta jalinan kerjasama kukuh dengan rakan kongsi, kami membantu rakyat Malaysia kekal maklum dan berwaspada dalam kehidupan digital harian mereka. Ini antara usaha kami dalam membina komuniti digital yang lebih selamat dan berdaya tahan."
Rakyat Malaysia boleh menonton Kisah Benar: Scam Siber di Tonton.