09/24/2025 | Press release | Distributed by Public on 09/24/2025 19:18
Pada 22 September 2025, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025, Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk manfaat rakyat.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 25 September 2025 hingga 29 September 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
24 September 2025
↓ Muat turun: Siaran-Media-Harga-Runcit-Produk-Petroleum-Bagi-Tempoh-25-September-2025-Hingga-29-September-2025