Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

01/22/2025 | Press release | Distributed by Public on 01/21/2025 23:11

KEBAKARAN TRAGIK DI RESORT SKI DI BOLU, REPUBLIK TÜRKIYE

KEBAKARAN TRAGIK DI RESORT SKI DI BOLU, REPUBLIK TÜRKIYE

Kerajaan Malaysia, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, sedang memantau rapi perkembangan susulan insiden kebakaran tragik di Hotel Grand Kartal di Resort Ski Kartalkaya, Bolu, Türkiye, yang telah mengorbankan 76 nyawa dan mencederakan 51 orang. Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Türkiye serta keluarga dan mangsa yang terlibat. Malaysia bersama bersolidariti dan mendoakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi waktu yang sukar ini.

Untuk sebarang bantuan konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi seperti butiran berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ANKARA

Alamat: Büyükesat, Koza Sk. No:56, 06700 Çankaya/Ankara

Nombor telefon: +(90) 312 44635 47/48

+(90) 507 8128406 (selepas waktu pejabat)

Emel: [email protected]

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI ISTANBUL

Alamat: Esentepe Mah. Ali Kaya Sok. No:1/1B Polat Plaza, B Blok,

Kat:8, 34394 Levent/Sisli, Istanbul

Nombor telefon: +(90) 212 98910 01/09

+(90) 531 7160551 (selepas waktu pejabat)

Emel: [email protected]

PUTRAJAYA

22 Januari 2025