Universiti Sains Malaysia

10/07/2026 | Press release | Distributed by Public on 10/06/2026 20:51

USM RAIH LAPAN PINGAT DALAM I-PICTL2026 X SULAM@UPM CARNIVAL 2026

Universiti Sains Malaysia (USM) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih keseluruhan lapan pingat dalam International Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning 2026 (I-PICTL2026) x SULAM@UPM Carnival 2026.

Daripada jumlah tersebut, USM berjaya memperoleh dua pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa menerusi Putra InnCreative Poster Competition dan SULAM@UPM Carnival Poster Competition.

Program anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung secara dalam talian melalui platform ZEP Metaverse pada 14 hingga 15 September 2026 itu membawa tema "Empowering Values, Inspiring Innovation: Education for the Future".

Dalam SULAM@UPM Carnival Poster Competition, USM meraih lima pingat seperti berikut:

PINGAT EMAS
1. SULAM199
"Pentaksiran Bermediumkan Persembahan: Model Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Teater bagi KOMSAS dalam Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM)"
Andika Aziz Hussin dan Jacquelina Karimon

PINGAT PERAK
2. SULAM080
"Grow & Glow: Empowering Special Learners Through Green Farming"
Dahlia Shahbuddin, Muhammad Mahathir Johari, Ng Asyraf Mansor dan Rahmad Zakaria

3. SULAM091
"Algebra in Action: Dari Simbol ke Situasi Sebenar - Memperkasa Literasi Algebra Murid B40 Melalui Pembelajaran Kontekstual Berasaskan SULAM"
Muzirah Musa, Muhammad Firdaus Muhd Sabri, Dheveshvaran A/L Raman, Lim Yee Hong, Nur Nazirah Mohd Mustapa, Haslinda Hasan, Nur Hidayah Mohd Faudzi dan Beh Zhe Chao

4. SULAM225
"Membumikan Inovasi Hijau: Merentas Sempadan Demografi dan Keterangkuman Sosial Melalui Pendekatan SULAM"
Widad Fadhullah dan Mohd Hafiidz Jaafar

PINGAT GANGSA
5. SULAM206
"Pemerkasaan Kompetensi Petugas Pusat Jagaan Mesra terhadap Jagaan Penghuni Berisiko Strok Melalui Intervensi Pendidikan dan Latihan"
Hasni Embong, Norliza Hussin dan Intan Baiduri Badri

Dalam Putra InnCreative Poster Competition pula, USM berjaya meraih tiga pingat:

PINGAT EMAS
6. I-PICTL225
"Empowering Eco-Champions: An Experiential Triple Helix Learning Framework for Education for Sustainable Development (ESD)"
Widad Fadhullah, Santhana Krishnan Chandrasekar, Mohd Hafiidz Jaafar dan Norli Ismail

PINGAT GANGSA
7. I-PICTL098
"FireScene QUEST: Enhancing Forensic Science Education Through Gamified Fire Scene Investigation"
Qian Tong Chin, Ahmad Fahmi Lim Abdullah dan Kah Haw Chang

8. I-PICTL229
"I-Inquiry Based Learning CAD/CAM via eLearn@USM"
Mohd Salman Abu Mansor

Menurut Penyelaras SULAM USM, Dr. Noor Alyani Nor Azazi, pencapaian ini menyerlahkan komitmen warga USM dalam menghasilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, berimpak serta berteraskan keperluan sebenar komuniti.

"Kejayaan ini turut membuktikan keupayaan pendekatan SULAM dalam menghubungkan pembelajaran akademik dengan khidmat komuniti secara bermakna dan mampan. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pemenang serta pusat pengajian yang terlibat atas usaha, kreativiti dan komitmen dalam mengharumkan nama USM," ujar beliau lagi.

Tambahnya, kejayaan itu diharap terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga USM untuk memperkukuh inovasi pendidikan dan memperluas impak SULAM kepada masyarakat.

Universiti Sains Malaysia published this content on October 07, 2026, and is solely responsible for the information contained herein. Distributed via Public Technologies (PUBT), unedited and unaltered, on October 07, 2026 at 02:51 UTC. If you believe the information included in the content is inaccurate or outdated and requires editing or removal, please contact us at [email protected]