10/07/2025 | Press release | Distributed by Public on 10/07/2025 00:46
PETALING JAYA, 7 Oktober 2025 - CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini memperkenalkan aplikasi mudah alih baru yang menggabungkan kebaikan dua aplikasi sedia ada yang dipercayai, iaitu Celcom Life dan MyDigi, dan menjadikan pengalaman digital terhebat lagi selamat bagi pelanggannya. Aplikasi CelcomDigi yang dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman, memberi apa jua yang diperlukan oleh pengguna demi menguasai gaya hidup digital mereka. Ia dilengkapi ciri baru yang meningkatkan keselesaan, memberi akses mudah kepada perkhidmatan tambah nilai (value-added services), sokongan yang sentiasa aktif dan hadiah, kesemuanya dalam antara muka (interface) yang selamat, intuitif dan mudah guna.
Peluncuran aplikasi CelcomDigi ini menandakan satu pencapaian utama dalam usaha penyepaduan dan transformasi CelcomDigi sejak penggabungan bagi memberi pengalaman terhebat untuk pelanggan. Aplikasi baru yang akan menggantikan Celcom Life dan MyDigi, merupakan usaha mutakhir dan paling kritikal dalam penyatuan jenama CelcomDigi. Sepanjang tiga tahun lepas, syarikat ini telah mencapai kejayaan mantap dalam menghasilkan jenama tunggal CelcomDigi merentasi penawaran produk dan perkhidmatan, titik interaksi runcit dan kedai dalam talian, yang disokong oleh rangkaian terluas, terpantas dan terlindung di Malaysia. Aplikasi yang memberi perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan melebihi 20 juta akan menjadi titik interaksi digital utama bagi memberikan pengalaman digital peribadi yang menyeluruh. Usaha ini memperkukuhkan komitmen CelcomDigi dalam membina perjalanan yang benar-benar bersepadu dan mengutamakan pelanggan.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Albern Murty berkata, "Peluncuran ini merupakan komitmen kami yang berpaksikan pelanggan sepenuhnya. Aplikasi baru ini menggabungkan ciri-ciri terbaik kedua-dua aplikasi sedia ada, dengan ciri perkhidmatan terbaru, dilapisi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi sokongan dan keselamatan. Ia membekalkan pengalaman yang membawa segalanya ke tapak tangan anda, serta memberi anda kawalan sepenuhnya terhadap perkhidmatan dan kesalinghubungan digital. Inilah cara kami mengubah pendekatan dalam berhubung dengan pelanggan yang kini menjadi teras kepada segala interaksi dan transaksi serta memacu gelombang pertumbuhan dan nilai kepada perniagaan kami."
Segala yang diperlukan dalam satu aplikasi
Aplikasi CelcomDigi ini direka berdasarkan pandangan daripada 10 juta pelanggan dan ditambah baik lagi melalui maklum balas daripada lebih 100,000 penguji beta. Ia direka bentuk mengikut tiga tema utama iaitu Keselesaan Harian, Gaya Hidup Digital Disiap Bina, dan Mencipta Detik-Detik Gembira.
Perlindungan disiap bina di hujung jari
Dengan peningkatan penipuan dalam talian, CelcomDigi komited menjadikan keselamatan digital mudah diakses oleh semua pelanggan. Menerusi aplikasi ini, pelanggan mempunyai akses secara langsung kepada laman Keselamatan (Safety page) yang memberikan peralatan dan pengetahuan praktikal bagi melindungi diri dalam talian serta membolehkan pelanggan melaporkan insiden scam dengan segera.
Komitmen ini membawa langganan MobileSHIELD yang boleh diperolehi dengan mudah dalam aplikasi ini. Dengan hanya RM4/sebulan, MobileSHIELD menawarkan pertahanan terhadap scam, aplikasi hasad serta ancaman privasi dan sekaligus memperkasa rakyat Malaysia meneroka gaya hidup digital dengan yakin. Produk keselamatan ini, termasuk WebSHIELD, e-Sim, dan Private Sim, adalah antara produk CelcomDigi sejak kebelakangan ini, demi mencipta persekitaran selamat buat para pelanggannya.
Muat turun aplikasi CelcomDigi baru ini dan nikmati tawaran peluncuran eksklusif
Mulai hari ini, pengguna aplikasi CelcomDigi boleh nikmati hadiah peluncuran berikut:
Pengguna aplikasi Celcom Life dan MyDigi sedia ada digalakkan bertukar kepada aplikasi CelcomDigi ini dengan segera. Kedua-dua aplikasi tersebut akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2025. Aplikasi baru ini boleh dimuat turun sekarang melalui Apple App Store dan Google Play Store.
Imbas untuk muat turun aplikasi CelcomDigi
Maklumat lanjut, sila layari https://cdlink.net/app